RSS

Thursday 21 April 2011

PENGENALAN


Dengan nama ALLAH Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah S.W.T yang dipuji tentunya Dia yang Maha Agung dan Maha Berkuasa. Hanya Dia layak dipuji sedangkan Dia tidak meminta-minta dari hambaNya walaupun sebesar zarah. Lantaran itu, syukur dari seorang hamba-Nya itu tanda pujian yang dapat mengembalikan keindahan hidup di muka dunia yang sementara ini.

Bersama-samalah kita berselawat ke atas junjungan mulia lagi dikasihi, nabi Muhammad S.A.W. Tidak lupa kita titipkan selawat ke atas kaum keluarga baginda dan para sahabat serta pengikutnya sehinggalah dunia ini dilenyapkan. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kami nafas untuk menjayakan usaha kecil ini agar manfaatnya dapat kita gunakan bersama. 

Apakah niat kita dalam kehidupan ini? Adakah niat kita untuk mendapatkan kejayaan sebanyak-banyaknya? Adakah niat kita untuk mendapatkan segala bentuk kemewahan? Adakah niat kita untuk mendapatkan kejayaan atau kekuasaan?

Allah S.W.T berfirman, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (Az-Zariyat :56). Ayat ini menunjukkan bahawa buatlah apa sahaja, asalkan niat kita ialah beribadah kepada Allah S.W.T. Belajar, makan gaji, berniaga adalah beribadah kepada Allah S.W.T. Beribadat di sisi Allah S.W.T bermakna segala yang kita lakukan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Semoga dengan itu kita diberikan kesyukuran daripada ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment