RSS

Thursday 21 April 2011

PENGENALAN


Dengan nama ALLAH Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Allah S.W.T yang dipuji tentunya Dia yang Maha Agung dan Maha Berkuasa. Hanya Dia layak dipuji sedangkan Dia tidak meminta-minta dari hambaNya walaupun sebesar zarah. Lantaran itu, syukur dari seorang hamba-Nya itu tanda pujian yang dapat mengembalikan keindahan hidup di muka dunia yang sementara ini.

Bersama-samalah kita berselawat ke atas junjungan mulia lagi dikasihi, nabi Muhammad S.A.W. Tidak lupa kita titipkan selawat ke atas kaum keluarga baginda dan para sahabat serta pengikutnya sehinggalah dunia ini dilenyapkan. Syukur kehadrat Ilahi kerana masih memberi kami nafas untuk menjayakan usaha kecil ini agar manfaatnya dapat kita gunakan bersama. 

Apakah niat kita dalam kehidupan ini? Adakah niat kita untuk mendapatkan kejayaan sebanyak-banyaknya? Adakah niat kita untuk mendapatkan segala bentuk kemewahan? Adakah niat kita untuk mendapatkan kejayaan atau kekuasaan?

Allah S.W.T berfirman, "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku (Az-Zariyat :56). Ayat ini menunjukkan bahawa buatlah apa sahaja, asalkan niat kita ialah beribadah kepada Allah S.W.T. Belajar, makan gaji, berniaga adalah beribadah kepada Allah S.W.T. Beribadat di sisi Allah S.W.T bermakna segala yang kita lakukan untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T. Semoga dengan itu kita diberikan kesyukuran daripada ALLAH S.W.T

Wednesday 20 April 2011

PENSYARAH : USTAZ ABDUL JAMIR BIN MD SAAD

Nama                                  : Abdul Jamir Bin Md Saad
No Kad Pengenalan             : 761210-02-5369
Alamat Semasa                     : No 23 Jalan 1/9H , 43650
                                            Bandar Baru Bangi Selangor.
No Telefon                           : 012-6370023
Email                                   : jamirkodiang@yahoo.com 
Tarikh Lahir                          : 10 Disember 1976
Tempat Lahir                        : Kodiang, Kedah.
Jantina                                 : Lelaki
Status Perkahwinan               : Sudah Berkahwin


LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

·                     Maktab Perguruan Islam, Bangi. 
          - Diploma Pendidikan (Kepujian), 2003-2005
·                     Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 
          -   Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam Dengan Kepujian 
             ( Pengajian Dakwah & Kepimpinan), 1998-2001
·                     Kolej Agama Sultan Zainal Abidin (KUSZA), K.Terengganu,
          - Diploma Pengajian Islam (Dakwah Islamiah), 1995-1998
·                     Al-Madrasah Al-Alawiyah Addiniah, Yayasan Islam Perlis.
           - Sijil Pelajaran Malaysia, 1994
·                     Sek. Men (A) Nahdhatul Hasanah, Melele, Kedah. 
          - Sijil Rendah Menengah Agama   ( SMRA) dan 
            Sijil Rendah Pelajaran Malaysia   (SRP ), 1993

PENGALAMAN KERJA DAN LATIHAN

·                     Kolej MARA Banting – sekarang
·                     Kolej Mara Seremban – 31 Dec 2004 – 1 jun 2010
·                     Maktab Rendah  Sains Mara Kuala Kubu Bharu, Selangor 
          – 4 apr 2002 – 30 dec 2004
·                     Kolej Negeri, Negeri Sembilan – 1 feb – 1 april 2002
·                     Sekolah Menengah Al-Amin , Bangi. 
          – 1 mei 2001 – 30 jan 2002
·                     Bahagian akademik Universiti Kebangsaan Malaysia 
           – 19 feb – 15 mac 2001
·                     Institut Alam & Tamadun Melayu UKM 
          – 25 okt – 25 nov 2001
·                     Majlis Agama Islam Singapura – 9 mac – 15 mac 2000
·                     Latihan Praktikal Di Pertubuhan Kebajikan Islam 
          Malaysia (PERKIM) K. Lumpur. – 1 april – 30 april 2000


PENGALAMAN MENGENDALIKAN KURSUS &CERAMAH

Pernah mengendalikan kursus & ceramah-ceramah di organisasi-organisasi  berikut;

·           Surau –Surau & Masjid-Masjid Sekitar  Selangor & Kuala Lumpur.
·           Sekolah-Sekolah Sekitar Selangor.
·           Menara Maybank Kuala Lumpur.
·           Perodua , Rawang, Selangor.
·           Institut Keselamatan Pekerja Malaysia, (NIOSH) .
·           Universiti Kebangsaan Malaysia,
·           Universiti Putra Malaysia.
·           Takaful Ikhlas Sdn Bhd.
·           Syarikat Jualan Langsung Luxor Sdn Bhd.
·           Hospital Pakar Seremban.
·           Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia                                 

pembuka bicara


Alangkah ramai manusia yang bermohon kepada  Tuhan supaya dimakbulkan segala yang diinginkan, namun tidak jua dimakbulkan. Kemudian manusia mengeluh dan bersangka buruk kepada Tuhan, lantas putus asa mencari keredhaan-Nya. Itulah hakikat manusia saban hari.
"berdoalah kepadaKu, dan berimanlah agar kamu memperoleh kebenaran."
(surah Al-Baqarah:186)
Kita tidak berdoa pun Allah sudah sedia mengetahui segala isi hati manusia.
"dan Allah mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu lahirkan."
(surah An-Nahl:19)
Jadi, mengapa masih perlu berdoa?
Berdoa sebagai tanda pengabdian diri kita sebagai hamba yang hina lagi dhaif kepada Allah, tidak ada tempat bergantung selainNya.
"cukuplah DIA sebagai tempat manusia bergantung harap dan tawakal."
(surah At-Taubah:129)
Tapi, mengapa masih tak termakbul juga doa?
Pandanglah diri sendiri, adakah kita lebih mencintai Allah daripada kesenangan duniawi? Cepat atau lambat dimakbulkan itu urusan Ilahi, kerana Dia Maha Mengetahui perkara yang terbaik bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.
" dan apabila manusia ditimpa bahaya, Dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, Dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah Dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan."
(surah Yunus:12)
Sekiranya kita tidak dapat perkara yang  dihajati, bersyukurlah dengan kondisi diri dinihari. Semakin dekat kita kepada Allah, semakin hebat dugaan. Itu membuktikan Allah sangat kasih kepada sekalian hamba-Nya, agar kita benar-benar ikhlas dalam mencari keredhaan-Nya serta tidak termasuk di dalam golongan yang lalai dan terbiar diabaikan.
Manusia yang diuji sedemikian rupa akan merasa manisnya iman, seolah-olah syurga sudah tersedia di hadapan mata, tapi ingatlah firman Allah dalam (surah Al-Baqarah:214) yang bermaksud:
"Ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (dugaan) seperti (yang dialami) orang-orang yang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dengan berbagai cubaan), sehingga Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya berkata, "Bilakah datangnya pertolongan Allah?". Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."
Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, benarlah doa itu senjata orang-orang mukmin. Yakinlah dengan sepenuh hati. Dunia bukan syurga yang dicari, nikmat kesenangan dunia hanya setitis air di lautan sahaja.

SISTEM PEMBANGUNAN BERSEPADU-MUHAMMAD 'AFIF

IJTIHAD-DANIA INARAH

Saturday 16 April 2011

SYIAH-MUHAMMAD HAZRIN

KONSEP WAJIB BERUSAHA-LUQMAN SAFWAN

SUMBER SYARIAH - MUHAMMAD HAKIM

SISTEM KEWANGAN ISLAM- NUR HANNAH

BIDANG EKONOMI-HIDAYATUL NABILA

MAZHAB-FATIMAH ZAHRAH

EKONOMI- NUR AIN SYAFIQAH

PERBEZAAN UNDANG-UNDANG DAN SYARIAH ISLAM-SITI NOOR FATIMAH

Siti Noor Fatimah Binti Ismail, Perbezaan Undang-undang

Friday 15 April 2011

ZAMAN TAQLID- NURUL AINI FARHANA

Zaman Taqlid - Nurul Aini Farhana Binti Muhammad Tajudin

CARA BERBELANJA-SYAKIRAH AZAMI

Syakirah Azami-cara berbelanja

Thursday 14 April 2011

HADIS DAN SUNNAH - ATHEERAH

Atherah bt Azman presentation hadis dan sunnah